Wednesday, 14 December 2011

MENGAPA ADA HASAT DENGKI

Telah menjadi sunnatullah, setiap manusia dicipta mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kesemuanya ini telah menjadi qadha Allah dan ketentuanNya dalam melebihkan dan mengurangkan anugerah nikmatNya terhadap hamba-hambaNya kerana Dia yang lebih mengetahui apa yang baik untuk hambaNya.
Dalam memelihara keimanan dan tingkah laku kita sebagai seorang Muslim, sepatutnya kita berasa senang dengan kesenangan dan kelebihan yang diperolehi oleh saudara kita yang lain. Tetapi, apa yang sering kita lihat, sejak dari zaman Nabi Adam lagi hingga sekarang ini, sifat iri hati dan hasad dengki seolah-olah menjadi darah daging dalam jiwa manusia. Sifat yang keji ini, jika tidak dirawati, lama kelamaan akan membawa padah yang amat buruk pada diri manusia itu sendiri dan pada masyarakat sekelilingnya.
Allah s..w.t telah menjelaskan kenyataan ini melalui firmanNya di dalam surah Ali-Imran, ayat 120, Yang bermaksud:Apabila kamu mendapat kebaikan, nescaya mereka akan merasa kurang senang, tetapi apabila kamu mendapat kejelekan, maka mereka pun merasa gembira ria kerananya.
Di dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w. yang berbunyi: Ertinya: Tiada hasad (yakni dibenarkan berhasad), melainkan dalam dua perkara sahaja, iaitu: Seseorang yang dikurniai Allah harta yang banyak, lalu ia menaburkan harta itu dalam perkara-perkara yang hak dan benar, sehinggalah hartanya habis. Dan seseorang lagi dikurniai Allah dengan ilmu pula, lalu ia mengamalkan ilmu itu serta mengajarkannya juga kepada orang ramai.
Dalam hal yang seperti ini, kita tidak dilarang jika berhasad demi untuk mendapat kebaikan di sisi Allah, malah adakalanya dituntut oleh syara'. Firman Allah di dalam surah Al-Hadid, ayat 21: Yang bermaksud: Berlumba-lumbalah kamu sekelian untuk mendapatkan keampunan Tuhan Mu.
Hasad dan dengki adalah seperti obor api yang sedang membakar dan menghancurkan masyarakat sedikit demi sedikit. Hasad dan dengki lahir dari perasaan cinta pada dunia dan lupa akan kebesaran Allah. Hasad dan dengki tidak kenal pertalian keluarga. Berapa banyak keluarga yang runtuh kerana sifat hasad dan dengki di antara ahli keluarga tersebut. Menyedihkan... 
Seorang yang mendapat bahagian yang lebih dari harta pusaka, maka mereka yang mendapat kurang dari bahagian tersebut akan timbul perasaan hasad dan dengki dalam jiwa mereka. Tidakkah mereka sedar bahawa manusia hakikatnya tidak memiliki apa-apa. Hatta jantung yang berdegup dalam dada kita bukanlah milik kita. Bolehkah kita memastikan bahawa jantung tersebut akan sentiasa berdegup? Tidak! Kita tidak mampu.
Adakah jantung tersebut milik kita atau milik Allah? Jika jantung yang begitu rapat dengan diri kita tidak dapat kita miliki dan kuasai, apatah lagi segala benda yang wujud disekililing kita. Kesemuanya adalah milik Allah. Allah menentukan siapa yang berhak merasai nikmat benda-benda tersebut.
Jika betul kita ada perasaan hasad dan dengki tersebut, maka ketahuilah bahawa sebenarnya kita merasa hasad dan dengki terhadap yang empunya nikmat tersebut iaitu Allah s.w.t, Tuhan pencipta segala sesuatu. Adakah dosa dan kobodohan yang lebih besar dari mempunyai perasaan hasad dan dengki terhadap Allah, Tuhan Pencipta alam?
Oleh itu, ELAKKANLAH dari mempunyai perasaan hasad dan dengki demi kebaikan ummah.

Sunday, 11 December 2011

Mengapa Perlu Ada Rasa Kecewa? 

Pernahkah anda merasa kecewa? Pernahkah anda merasa hampa? Pasti, selagi kita bernama manusia, selagi sampan kehidupan ini kita dayung di lautan kehidupan di dunia yang penuh dengan dengan ombak dugaan dan taufan ujian, semestinya rasa yang menyakitkan itu pernah hinggap di dalam hati kita, bukan? Mengapa harus ada rasa kecewa? Mengapa perlu ada airmata duka? Dan bagaimana pula kecewa itu boleh lahir? Bukan kah indah hidup ini seandainya tiada derita? 
Pertanyaan-pertanyaan sedemikian selalu benar mengetuk pintu benak kita, di saat kita dilanda rasa kecewa. Benar, bukan? Dan memang benar juga, bahawa tidak ada kecewa yang menggembirakan atau diundang.
Kecewa berasal kegagalan kemahuan ditunaikan. Dengan adanya tuntutan, kemahuan ataupun kehendak diri dan hati yang tidak dipenuhi ataupun tidak dipenuhi dengan sempurna. Tuntutan, kemahuan ataupun kehendak dalam diri manusia adalah tidak ada batasnya. Adakalanya, kita meletakkan harapan kita pada sesuatu ataupun pada sesama manusia, yang mana kemudiannya kita dihempap rasa hampa kerana harapan kita itu tidak terlaksana. Maka dengan itu, sebaik-baik tempat untuk kita gantungkan sejuta harapan adalah kepada Allah s. w. t. Kerana Dia tidak pernah menghampakan kita hambaNya yang lemah tak bermaya. Sekalipun apa yang diberinya tidak seiring dengan apa yang kita idamkan, namun, bagi mereka yang telah tanamkan pohon taqwa dan harapan kepada Allah s. w. t., akan menyedari dan memahami bahawasanya, Allah itu, Maha Mengetahui.... tidak akan diberikan sesuatu, melainkan hanya untuk kebaikan kita, hambaNya yang hina...

Pernahkah kita sedar, bahawa kecewa sebenarnya satu perasaan yang akan membangkitkan rasa-rasa yang lain? Rasa kecewa boleh mendorong perasaan cemburu, iri hati, dengki, putus asa, lemah semangat, rendah diri, serta pelbagai lagi perasaan yang lain, dan perasaan-perasaan itu boleh pula menjadi penyebab kepada perbuatan yang kita akan lakukan untuk mengurangkan atau melarikan diri dari rasa kecewa itu. Walau bagaimanapun, rasa kecewa itu juga sebenarnya adalah penawar yang pahit tapi mujarab untuk menyembuhkan penyakit jiwa yang seringkali jangkitannya terkena pada kita. Malah, kecewa juga boleh menjadi satu batu loncatan untuk kita melompat dengan lebih tinggi dan bisa menjadi satu bentuk rasa yang mampu melahirkan suara hati, kemudian pula kemahuan dan akhirnya menjana tenaga yang membuahkan tindakan, yang pastinya sesuatu yang positif untuk melahirkan sesuatu yang positif juga.

Asas kehidupan adalah perjuangan. Perjuangan dalam peperangan, dan dalam setiap peperangan, yang menjadi pertaruhan adalah kalah atau menang, jarang yang seri. Amatlah besar bahaya perjuangan ini sekiranya kita hanya bergantung dengan prestasi dan kekuatan yang rapuh. Sepertinya kita bergantung kepada ranting yang rapuh, yang mana ranting itu sendiri sebenarnya tidak punya kuasa untuk melindungi dirinya sendiri, apatahlagi yang bergantung padanya. Malah, kenyataan hidup menyaksikan, bahawa semua yang ada di dunia ini adalah terbatas oleh ruang dan waktu. Ada mula, ada akhirnya, boleh rosak, boleh berubah. Tiada yang sempurna, sesempurna Dia, yang Maha Sempurna.

Sedarkah kita, bahawa kecewa dan dukacita itu, dapat membuang kemunafikan, kepura-puraan kita, membuka
ruang diri dan mengungkapkan sebagaimana apa adanya. Dalam keadaan yang penuh kesakitan ini, kita tidak pernah mampu lagi menipu diri. Maka, sekiranya peribadi yang utuh itu milik kita, insyaAllah, kita mampu menerima luka itu sebagai berkat dan kurnia, jika sebaliknya, pasti kita menjatuhkan sumpah dan kutukan kepada luka dan kecewa itu tanpa berusaha mengenali dan mencari penawar untuknya.

Kecewa, dan duka, adalah ubat bagi jiwa untuk mengenal banyak hal. Contohnya,
- merobohkan penghalang yang membataskan hubungan antara kekuatan jasmani dengan kekuatan rohani
- menggantikan kebiasaan lama dengan yang baru (yang lebih baik)
- membuat kita bermuhasabah dan kenal diri

Bergantung kepada penerimaan, kecewa bisa saja melontarkan kita dalam gaung kemusnahan, bila kita menerima kecewa itu sebagai satu bencana, dan melawan kuasa alam. Kehancuran diri, seperti menyiksa diri dengan mengambil alkohol, membiarkan diri hanyut dengan arus kemaksiatan, lemah semangat dan tidak mahu hidup, ataupun melepaskan dendam kecewa itu kepada orang lain, adalah antara akibat yang timbul dari penerimaan yang menerima kecewa sebagai satu bala dan tidak redha ke atas ia. Pendek kata, kecewa akan menimbulkan rasa kasihan pada diri sehingga menyebabkan kita lemah, jika kita enggan menerimanya dari sudut yang positif.

Sebaliknya, jika kita menerimanya sebagai satu hadiah dari Tuhan, kita akan menyedari, kecewa dapat menyembuhkan banyak penyakit hati contohnya kesombongan dan mementingkan diri, menjadi satu kekuatan luar biasa, yang tak pernah kita duga, untuk bangun dari rebah, berkuasa untuk berubah dan berupaya untuk mengubah, dan seribu satu macam lagi kejernihan dan kemanisan kecewa yang bakal kita kecapi dari kecewa.
Dalam menghadapi hidup, kita merempuh segunung batu halangan sebelum sampai ke destinasi tujuan. Sebelum kita mencabar gunung batu itu, tetapkanlah dulu hala tuju. Pastikan, hidup dan mati hanya untuk Allah. Hidup, yang membawa makna, makan, minum, duduk, bangun, kerja, rehat, bertemu dan berpisah, bercinta, berumahtangga, diniatkan dengan lafaz Lillahi Ta’ala. Kerana Allah Yang Esa. Mati, yang bermaksud, tempat rehat bagi kita sementara waktu menanti hari kita dibicarakan, dijatuhkan hukuman, dan menimba pembalasan. Maka, sinambungan dari hidup tadi, adalah sebagai bekalan dan tempat kita berusaha supaya tidak nanti kita gelincir dari Siratul Mustaqim.

Sekiranya kita sudah tanamkan hal yang sedemikian dalam jiwa, dan tahu bahawasanya Allah s. w. t. sentiasa menemani, melindungi dan menyayangi kita, bahawa kita tak pernah keseorangan walau dalam apa keadaan pun jua, percayalah, anda sudah tidak gentar lagi untuk menyahut cabaran gunung batu itu, walau setinggi mana pun juga. Cubalah praktikkan dalam kehidupan seharian kita, insyaAllah, kita akan merasai perlindunganNya. Kerana, yang perlu kita takutkan adalah Yang Menciptakan gunung itu, bukan gunung itu. Bersihkanlah kecewa itu dari rasa putus asa. Bersihkan kecewa itu dari duka yang menjadi sumber godaan syaitan yang terbaik untuk menyesatkan kita. Bersihkanlah kecewa itu dari kutukan yang menghilangkan hikmah dari pandangan mata. Bersihkanlah kecewa!

Tuesday, 6 December 2011

Kata-Kata Romantis


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka tapi selalunya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yg telah pun terbuka untuk kita.  Teman yg paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dgn perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yg pernah kita rasai.

 Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yg kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak akan tahu apa yg kita rindukan sehinggalah "Ianya" hadir.  Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam utuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya akan lapuk ditelan usia, jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut ditelan masa. Apa yang kekal hanyalah kecantikan hati seseorang... .

Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang kamu inginkan, pergilah ke mana-mana yg kamu ingin tujui dan jadilah apa yg kamu inginkan kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kamu lakukan. Semoga kamu memiliki kebahagiaan yg cukup untuk membuatkan diri kamu menarik, percubaan yg cukup utk membuatkan kamu kuat, kesedihan yg cukup utk memastikan kamu adalah seorang insan dan harapan yg cukup utk membuatkan kamu bahagia... . 

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yg terbaik. Mereka hanya membuat yg terbaik dalam hampir apa saja yg datang didalam hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yg menangis, mereka yg terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yg telah mencuba, hanya mereka yg boleh menghargai kepentingan manusia yg telah menyentuh hidup mereka.  Cinta bermula dgn senyuman, mekar dgn ciuman dan berakhir dgn tangisan... .. Masa depan yg cerah sentiasa berteraskan kehidupan yg lalu yg telah dilupakan, kamu tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kamu melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam 

" Cinta takkan datang kalau tidak dicari" 
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Perkara yang paling kejam dalam hidup adalah kamu membuatkan seseorang menyintai dirimu sepenuh hati dan sanggup menyerahkan segala-galanya demi sebuah cinta yang suci, sedangkan kamu hanya sekadar menuturkan kata-kata cinta di bibir sahaja... meskipun lidahnya melontarkan kata-kata kemaafan, namun hatinya tidak akan memaafkan kamu sampai bila-bila lantaran hatinya yang penuh dengan kelukaan yang amat memedihkan...  Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.  Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Hawa diciptakan dari rusuk Adam, bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan dari kaki untuk dijadikan alas, melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dihati untuk dicintai... Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah ...

Belajarlah bersyukur dengan jodoh anugerah tuhan.. usah mendambakan teman secantik balqis, andai dirimu tidak seindah sulaiman.. mengapa diharapkan teman setampan yusof, andai dirimu tidak setulus zulaikha... tak perlu mencari seistimewa khadijah, andai dirimu tidak sesempurna Rasulullah SAW...
Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja…. Karena ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin iaakan menderita selagi ia masih hidup... Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mulaimenyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja… Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu... Janganlah kamu mengganggu hidup seseorang dengan mencuri hatinya andainya kamu tidak ikhlas menyintainya... kelak kamu akan berlaku kejam dengan meninggalkannya dan membiarkan hatinya terluka dan hidupnya menderita...

Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan.  Wahai sahabatku yang menderita kerana cinta, usahlah ditangisi kekasihmu yang telah pergi, hayunlah langkahmu ke mana sahaja yang kamu ingini demi mengubati hatimu yang luka, moga-moga kamu akan bertemu seseorang yang dapat mengisi hatimu, kelak pasti terubat jua dan hidupmu kembali ceria..





Saturday, 3 December 2011

CEMBURU DALAM ISLAM





Dalam sesebuah perhubungan, tidak salah jika ada perasaan marah atau cemburu kerana ia sudah adat cuma jangan berlebihan.
Emosi marah tidak harus menguasai diri kerana ia hanya akan mendatangkan keretakan dalam hubungan.


Mengikut kajian pakar, hampir 80 peratus keretakan dalam perhubungan berpunca apabila perasaan marah dijadikan perasaan utama. Ini berlaku apabila setiap kali wujud krisis dalam hubungan, setiap pasangan akan mula berfikir untuk memutuskan hubungan dan mencari pengganti yang mungkin lebih memahami perasaan diri yang sebenarnya.


Kadangkala masalah kecil diperbesarkan sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan berbincang antara satu sama lain. Tetapi apabila perasaan marah sudah menguasai diri dan hubungan berakhir, lazimnya ia berlaku dengan alasan tiada jodoh dan sefahaman.


Memang benar jodoh itu di tangan Tuhan tetapi kita berhak berusaha agar jodoh kekal bersama orang tersayang.
Tetapi jangan hanya sebelah pihak saja berusaha. Usaha mesti dilakukan kedua-dua pihak untuk mendapatkan hasil lebih memuaskan.


Satu lagi perasaan yang perlu diatasi adalah cemburu. Tidak salah untuk rasa cemburu tetapi biarlah berpada-pada. Memang benar cemburu tandanya sayang tetapi jangan melampaui batas.
Tidakkah rasa sia-sia hubungan yang dijalin sekian lama terputus begitu saja hanya disebabkan cemburu pada pasangan?
Ramai yang memperkatakan soal cemburu malah pelbagai cara untuk mengekang perasaan cemburu daripada terus menyelubungi hidup.

Terdapat dua langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan perasaan cemburu mengawal hidup kita iaitu jujur dan setia.
Memang ada perkara yang tidak memungkinkan kita berterus terang tapi bagi mengelakkan pasangan memikirkan perkara yang bukan-bukan, lebih baik jujur dan berterus terang dengan pasangan bagi mengelakkan perselisihan faham berterusan.
Jika jujur pada pasangan, sudah pasti dia akan menaruh kepercayaan dan mengekalkan perhubungan itu hingga ke akhir hayat.


Kesetiaan juga memainkan peranan penting kerana jika kita sayangkan pasangan, sudah pasti kita juga akan setia padanya.
Jika sayangkan seseorang, sudah pasti kita tahu siapa yang ada di hati. Jadi, apabila sentiasa mengingati pasangan, amat mudah untuk kita mengelakkan diri daripada berlaku curang pada pasangan.


Cinta terasa indah apabila ke mana saja kita pergi, si dia sedia menemani tetapi terasa pahit apabila kita ternampak pasangan berjalan berdua-duaan bersama insan lain.  Apapun, jangan biarkan marah dan cemburu terlalu menguasai diri. Berikut sedikit panduan untuk membantu kita menjauhi rasa marah dan cemburu, sekali gus mengekalkan keindahan hubungan bersama si dia:
* Jangan sesekali memungkiri janji.
* Sentiasa jujur kepada si dia kerana wanita atau lelaki memang benci apabila ditipu.
* Beritahu si dia mengenai sesuatu perkara dengan tepat.
* Jika si dia dalam keadaan bermasalah, sentiasa menggembirakannya.
* Andai anda jujur, si dia akan setia kepada anda.
* Jangan terlalu mengongkong dirinya kerana dia juga inginkan kebebasan.



Cinta itu suatu fitnah (ketidak-tenangan) dalam hati sanubari. (al Junaid)

Popular Posts